Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Korea(한국에서의 말레이어의 국제화)
Isu Cabaran dan Cadangan
Regular price
$22.47
Sale price
Regular price
✈️
Estimated delivery date 예상 배송일
Standard Shipping
불러오는 중...
주문일로부터 8-12 영업일
Express Shipping
불러오는 중...
주문일로부터 6-8 영업일
▶ 이 책은 영어로 구성되어 있습니다.
『Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Korea(한국에서의 말레이어의 국제화)』는 국내에서의 말레이어의 국제화에 대한 도전과 그리고 제안이라는 제목으로 국내외 석학 20명이 말레이어의 국제화에 대한 당면 과제와 도전, 그리고 전망과 제안을 정리한 책이다.

Couldn't load pickup availability
출판사 리뷰
출판사 리뷰
이 책은 국내에서의 말레이어의 국제화에 대한 도전과 그리고 제안이라는 제목으로 국내외 석학 20명이 말레이어의 국제화에 대한 당면 과제와 도전, 그리고 전망과 제안을 정리한 것이다.
Pendahuluan
Buku yang bertajuk 'Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Korea: Isu, Cabaran dan Cadangan' ini diterbitkan sebagai tanda meraikan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Jabatan Pentafsiran dan Penterjemahan Bahasa Melayu-Indonesia (JPPBMI), di Kampus Global, Hankuk University of Foreign Studies (HUFS). Buku ini mengandungi 14 bab yang menyentuh pelbagai isu dan cabaran serta cadangan yang berkaitan dengan aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di HUFS khususnya, dan di institusi-institusi lain umumnya. Bab-bab ini asalnya adalah kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan di Seminar Antarabangsa Pengajian Bahasa Melayu-Indonesia yang dianjurkan bersama oleh JPPBMI dan Kursi Pengajian Melayu HUFS pada 14 September 2012. Kertas-kertas ini kemudiannya disunting dan diterbitkan dalam bentuk bab dalam buku, seperti yang ada sekarang. Buku ini tidak mungkin dapat dihasilkan tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang menyokong penubuhan Kursi Pengajian Melayu di HUFS, Korea. Sehubungan itu, sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, DRB-HICOM Berhad, pihak pengurusan HUFS, staf akademik JPPBMI, dan para penulis yang sudi menyumbangkan artikel mereka untuk dimuatkan ke dalam buku ini.
Secara keseluruhannya, isu dan cabaran serta cadangan yang dibicarakan oleh setiap bab di dalam buku ini sangat menarik dan memberangsangkan. Bab 1 memulakan perbicaraannya dengan menyorot upaya orang asing yang telah mempelajari bahasa Melayu sejak abad ke-7 lagi. Pendeta Buddha bernama I-Cing melaporkan persinggahannya selama enam bulan di Fosyih, iaitu ibu kota kerajaan Srwijaya yang turut mencatat penggunaan bahasa Melayu (kuno) sebagai bahasa pengajian agama Buddha. Beliau sendiri mempelajari bahasa Melayu dan adat istiadat serta kebudayaan Melayu di kota itu. Kemudian usaha mempelajari bahasa Melayu secara lebih formal berlaku dalam abad ke-15 apabila Dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing yang turut meliputi bahasa Melayu dan hasil awalnya ialah penyusunan daftar kata China-Melayu. Usaha orang Barat pula dirintis oleh Antonio Pigafetta dengan penyusunan daftar kata Itali-Melayu pada abad ke-16 dan diikuti oleh usaha menyusun buku pelajaran bahasa Melayu oleh orang?Belanda, F. de Houtman pada abad ke-17. Bab ini seterusnya menelusuri perkembangan bahasa Melayu dan pendidikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa hingga zaman semasa, terutama melalui rangkaian kerjasama pelbagai pihak di dalam dan di luar negara. Beberapa prinsip asas pendidikan bahasa Melayu kepada pelajar asing dikemukakan, berdasarkan teori umum dan juga pengalaman penulis dalam beberapa program pendidikan bahasa.
Bab 2 membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh program pengajian pentafsiran dan penterjemahan bahasa Melayu -Indonesia (PPBMI) yang ditawarkan di Kampus Global, HUFS. Program ini merupakan satu-satunya program pengajian bahasa asing yang menggabungkan dua bahasa serumpun dalam satu kurikulum pengajian. Para pelajar telah didedahkan kepada kedua-dua bahasa berkenaan sejak awal pengajian lagi, dan dijangkakan di sepanjang tempoh pembelajaran itu mereka akan meminati serta dapat menguasai kedua-duanya dengan baik dan memuaskan. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya ada sebahagian pelajar yang berminat dan boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik dan sebahagian lagi menguasai bahasa Indonesia. Sehubungan itu, satu kajian rintis telah dilakukan untuk meneliti tahap kemampuan, kemahiran, keupayaan dan juga kecenderungan pelajar sama ada mereka berketerampilan dalam kedua-dua bahasa ataupun hanya terserlah dalam satu bahasa sahaja. Semua maklumat dalam borang soal selidik yang diisi oleh pelajar telah dikodkan ke dalam sistem komputer yang menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSSx). Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk taburan silang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar mempunyai tahap kemampuan, kemahiran, keupayaan, dan kecenderungan yang sangat tinggi pada bahasa Indonesia berbanding dengan bahasa Melayu. Ketidakseimbangan ini merupakan isu dan cabaran yang harus dihadapi dan ditangani oleh pihak Jabatan PPBMI khususnya dan pihak kerajaan Malaysia amnya agar bahasa Melayu tidak terpinggir dan masih terus relevan dalam program pengajian yang ditawarkan.
Bab 3 membicarakan jalinan hubungan dan kegiatan kebahasaan yang telah lama wujud antara Malaysia dengan Korea Selatan sejak tertubuhnya Jabatan Bahasa Melayu-Indonesia (JBMI) pada tahun 1964, di HUFS. Pembicaraannya tertumpu kepada hubungan kerjasama kebahasaan dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya, yang secara umum menyentuh aspek pendidikan, termasuk pengajian dan pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Korea, dan kaitannya dengan aspek perkamusan, aspek penyelidikan yang disemarakkan melalui pertukaran pelajar dan pensyarah dari Malaysia ke Korea Selatan dan juga sebaliknya. Program yang diusahakan ini dapat dijadikan panduan dalam usaha penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar asing bagi meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu. Dengan terlaksananya pelbagai program kebahasaan yang meliputi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penyelidikan dan penerbitan buku karya asli dan terjemahan, aspek perkamusan dan leksikografi, dan penekanan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam dan swasta di Malaysia merupakan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu penting di pentas dunia yang lebih global sifatnya demi kepentingan masa hadapan bersama, Malaysia-Korea.
Bab 4 memberikan satu sorotan tentang perkembangan bahasa Melayu dan pendidikan bahasa Melayu di Korea. Perkembangan di Korea menunjukkan perlunya pengajaran bahasa Melayu diperkembang dan diperluaskan kepada penutur asing meskipun dampaknya tidak sehebat pengajaran bahasa Inggeris. Bahasa Melayu didapati masih mendapat tempat di hati warga Korea dan ternyata mempunyai potensi besar sebagai bahasa dunia yang dominan. Oleh yang demikian, perancangan pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu perlu diperhalusi, dan bab ini seterusnya menyarankan beberapa 'prospect' yang boleh diketengahkan bagi membantu mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pendidikan bahasa Melayu di Korea khususnya, dan di negara lain umumnya.
Bab 5 membahaskan isu dan cabaran yang berhubung dengan peranan tenaga pengajar penutur natif dalam mengendalikan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di HUFS. Amalan yang menjadi tradisi sebelum ini yang mensyaratkan pengajar penutuf natif hanya mengajar kelas percakapan sahaja, manakala pengajaran yang berkaitan dengan kursus-kursus 'regional studies' seperti Masyarakat dan Agama di Malaysia, Sejarah Malaysia dan sebagainya dikendalikan oleh pensyarah tempatan dan disampaikan dalam bahasa Korea, didapati tidak berjaya mempertingkatkan kemahiran berbahasa pelajar yang mempelajari bahasa Melayu. Sehubungan itu, bab ini menyarankan agar pengajar penutur natif harus diberi peluang mengendalikan kursus-kursus yang pada umumnya diajar oleh pensyarah tempatan, seperti kuliah tatabahasa, kesusasteraan, dan lain-lain. Kaedah pengajaran secara gabung jalin dan kerjasama antara pensyarah asing dengan pensyarah tempatan dipercayai dapat menghasilkan mutu pengajaran yang lebih baik dan berkesan.
Bab 6 membincangkan isu yang berkaitan dengan kamus dwibahasa bahasa Melayu-Korea yang digunakan oleh para pelajar di HUFS sebagai bahan rujukan utama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Walaupun kamus ini telah dikemaskini, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan, terutamanya dalam memberi pentakrifan dan pemadanan yang tepat dan sesuai antara bahasa Melayu dengan bahasa Korea, misalnya dalam memberi nama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keadaan semakin merumitkan apabila dalam kes-kes tertetu berlakunya percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dalam pentakrifan yang diberi. Sifat bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang berbeza dari segi ejaan, lafaz dan juga kosa katanya menjadikan kamus ini lebih sukar dan sulit untuk difahami oleh para pelajar.
Bab 7 meneliti dan menilai peluang dan hambatan yang dihadapi dalam usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu, khususnya dari sudut pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing di Korea Selatan. Sampel kajian terdiri daripada mahasiswa yang mengambil kursus bahasa Melayu di JPPBMI, HUFS, dan kajian ini menggunakan instrumen soal-selidik. Data dianalisis dengan menggunakan teori sosiokognitif (Bandura 1989) yang lebih popular dalam bidang psikologi dan pendidikan yang merupakan peluasan daripada teori belajar perilaku tradisional atau behaviorisme. Dapatan kajian menunjukkan proses pembentukan ayat merupakan aspek yang paling sukar dalam mempelajari bahasa Melayu. Aspek-aspek lain yang turut sukar dipelajari oleh pelajar adalah pembentukan kata dan penyebutan kata. Bagi menangani permasalahan ini, cara-cara untuk menambah baik bahan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mempertingkatkan kemahiran berbahasa pelajar turut disarankan.
Bab 8 melaporkan satu kajian yang melibatkan pelajar Korea dalam pembelajaran antonim bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti antonim bagi tiga puluh tujuh pasang perkataan serta membincangkan penggunaan antonim bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Korea. Kajian ini melibatkan dua belas pelajar di sebuah kelas bahasa Melayu peringkat awal di HUFS, dan mereka berumur dari dua puluh hingga dua puluh lapan tahun. Pelajar didedahkan dengan tiga puluh tujuh set antonim bahasa Melayu untuk dipelajari. Setelah penerangan diberikan kepada pelajar, mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil dan berbincang bersama ahli kumpulan untuk mencari antonim bagi tiga puluh tujuh perkataan tersebut. Pelajar juga diminta untuk membuat ayat daripada perkataan antonim tersebut. Perbincangan pelajar dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis wacana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dapat mengenal pasti dan membina ayat yang betul bagi antonim perkataan yang diberikan melalui perbincangan. Selain itu, pelajar juga dilihat mempunyai keyakinan dalam membina ayat serta dapat memahami penggunaan antonim serta makna setiap ayat tersebut.
Bab 9 membincangkan usaha penyusunan kamus dwibahasa bahasa Melayu-Korea. Dalam melaksanakan projek ini, terdapat tiga peringkat utama, iaitu peringkat perancangan, penyusunan dan penerbitan. Peringkat perancangan memerlukan kesepakatan dalam menyusun jadual kerja yang sentiasa memerlukan pengawalan dan pemantuan untuk memastikan perancangan tercapai. Peringkat penyusunan kamus melibatkan kerja pengumpulan dan pemilihan entri, pendrafan, pengeditan dan penyemakan. Penyusunan kamus dwibahasa melibatkan dua bahasa yang berlainan, iaitu satu sebagai objek pemerian dan satu lagi sebagai instrumen pemerian. Peringkat akhir dalam penghasilan kamus ialah penerbitan. Perkembangan teknologi yang pesat membawa kepada perubahan kepada kaedah kerja dan bentuk kamus. Kini teknologi komputer digunakan dalam proses pengumpulan data, penganalisisan data, pentakrifan dan penerbitan kamus. Pelbagai sistem perkamusan telah dibangunkan untuk membantu mempercepat proses penerbitan kamus, seperti pembacaan pruf tidak perlu mengambil masa yang begitu lama. Bagi memudahkan pengguna merujuk kamus dengan cepat, kamus dalam talian dibangunkan di samping kamus dalam bentuk buku atau CD. Kesimpulannya, tugas menyusun kamus dwibahasa menuntut perancangan kerja yang strategik, terancang dan jelas dari segi falsafah penyusunan, prosedur kerja dan turut menuntut komitmen penyusun.
Bab 10 melaporkan satu kajian perbandingan bagi kata kerja MAKAN dari sudut bahasa dan budaya antara bahasa Melayu dangan bahasa Korea. Perbezaan lanskap dan ekologi antara dua negara mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan bagaimana leksikal MAKAN itu meluas. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati peluasan makna MAKAN dalam bahasa Korea lebih produktif berbanding dengan bahasa Melayu. Secara kognitifnya leksikal MAKAN dapat diluaskan daripada maksud fizikal, iaitu memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan ditelan kepada mandala lain seperti mandala ruang, masa, sosial, moral dan emosi. Peluasan makna MAKAN berlaku secara bersistem dan dapat dijelaskan melalui mekanisme kognitif seperti skema imej dan metafora konsepsi. Pemahaman budaya dan bahasa antara dua bahasa ini akan pasti lebih memudahkan pengajaran bahasa Melayu kepada penuntut Korea dan juga sebaliknya.
Bab 11 membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada para pelajar asing yang mengikuti pelbagai bidang pengajian di Malaysia. Isu dan cabaran yang diketengahkan meliputi pengajaran dan pembelajaran secara langsung di dalam kelas dan tidak langsung, iaitu persekitaran yang mempengaruhi dan mendorong mereka untuk belajar bahasa Melayu. Cadangan penambahbaikan turut dibincangkan yang meliputi pandangan daripada pelajar sendiri serta tenaga pengajar berdasarkan pengalaman mereka bersama- sama dengan para pelajar asing daripada pelbagai negara seperti Nigeria, Iran, Iraq, Libya, China, Korea, Sri Lanka dan Thailand.
Bab 12 membicarakan aspek pendekatan, aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan yang dirancang di peringkat mikro dan makro bagi menjayakan program pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Perancangan di peringkat mikro melibatkan perancangan dari segi pemantapan kandungan dan pengetahuan asas bahasa Melayu, pengetahuan budaya melalui pengajaran tatabahasa bahasa Melayu, manakala perancangan di peringkat makro harus mengambil tiga komponen utama, iaitu bahasa Melayu dalam teknologi komunikasi, bahasa Melayu dalam bidang perdagangan antarabangsa dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan peradaban Melayu. Sehingga kini didapati belum ada satu program bahasa Melayu sebagai bahasa asing yang dianggap mantap kerana setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta mempraktikkan program mereka sendiri. Sejajar dengan itu, satu reka bentuk program bahasa Melayu sebagai bahasa asing harus dibangunkan dan dilaksanakan secara sistematis. Bertitik tolak daripada keperluan dan permasalahan ini, bab ini menjelaskan keperluan elemen- elemen mikro dan makro dalam reka bentuk program bahasa Melayu sebagai bahasa asing di IPTA dan IPTS. Pemantapan elemen-elemen ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar tentang aspek tatabahasa, wacana dan dapat menggunakan bahasa Melayu untuk memenuhi fungi intrinsik dan ekstrinsik.
Bab 13 membincangkan penggunaan korpus berkomputer atas talian (online) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing. Pembangunan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi turut mempengaruhi gaya pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penggunaan bahan bantu mengajar bahasa tidak lagi bersandarkan buku atau kertas edaran, sebaliknya kemudahan komputer dan internet boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Korpus berkomputer yang digunakan ialah korpus atas talian Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Penggunaan korpus dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar mempelajari bahasa Melayu dan seterusnya menguasai aspek yang dipelajari itu dengan lebih baik.
Bab 14 menghuraikan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing untuk pelajar diplomat. Bagi para diplomat, mereka mempelajari bahasa Melayu dengan tujuan untuk mengetahui idea, budaya dan persepsi manusia Melayu tentang sesuatu isu. Oleh sebab itu para diplomatik yang datang ke Malaysia perlu menguasai bahasa Melayu agar pekerjaan mereka di Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan. Pendekatan yang sesuai untuk mengajar diplomat ialah pendekatan komunikatif, dan kaedah yang digunakan pula adalah kaedah eklektik. Para pelajar tidak hanya mempelajari kosa kata dan struktur bahasa sasaran semata-mata, mereka juga mesti mempelajari bahasa itu dengan konteks budayanya.
Buku ini telah menyentuh pelbagai isu yang berkaitan dengan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing, dan antaranya termasuklah permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan tenaga pengajar, isu bahan pengajaran, kaedah pengajaran, reka bentuk program dan lain-lain yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan dan pembahasan yang diketengahkan sangat menarik dan berguna untuk dijadikan rujukan oleh pihak- pihak yang berkepentingan bagi tujuan penambahbaikan agar proses pengantarabangsaan bahasa Melayu akan menjadi lebih baik dan mantap. Selamat membaca.
Zaharani Ahmad
Chun Tai-Hyun
Kim Jang-Gyem

목차
목차
Pendahuluan/ 7
BAB 1
Keantarabangsaan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu dan Pendidikan Bahasa Melayu:
Catatan Perkembangan, Isu dan Cadangan/ Awang Sariyan/ 17
BAB 2
Penawaran Program Pengajian PPBMI di HUFS:
Isu dan Cabaran/ Zaharani Ahmad, Kim Jang-Gyem/ 73
BAB 3
Jalinan Hubungan Kebahasaan Malaysia-Korea Selatan:
Perspektif Masa Kini dan Prospek Masa Hadapan/ Raja Masittah Raja Ariffin, Siti Saniah Abu Bakar/ 105
BAB 4
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Korea:
Perkembangan dan Perancangan Masa Depan/ Siti Khariah Mohd Zubir/ 125
BAB 5
Peranan Pengajar Penutur Natif dalam Pengajaran Bahasa Asing di HUFS/ Chun Tai-Hyun/ 143
BAB 6
Penggunaan Kamus dalam Pengajaran Bahasa Melayu di HUFS:
Isu dan Cabaran/ Chun Tai-Hyun/ 161
BAB 7
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu:
Peluang dan Hambatan/ Hasnah Mohamad, Junaini Kasdan/ 181
BAB 8
Antonim Bahasa Melayu Pelajar Korea/ Normaliza Abd Rahim/ 197
BAB 9
Kesepakatan Dua Negara:
Penyusunan Kamus Korea-Melayu Dewan/ Kamariah Yusof/ 215
BAB 10
Peluasan Makna MAKAN dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Korea:
Analisis Semantik Kognitif/ Nor Hashimah Jalaluddin, Lee Yang-Suk/ 241
BAB 11
Isu dan Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing:
Perspektif Pelajar/ Siti Saniah Abu Bakar, Raja Masittah Raja Ariffin/ 279
BAB 12
Elemen Mikro dan Makro dalam Reka Bentuk Program Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing
Zaitul Azma Zainon Hamzah, Siti Amhar Abu,/ Ahmad Fuad Mat Hassan/ 297
BAB 13
Penggunaan Korpus Berkomputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Pelajar Asing
Hamid Awang, Mohd Ra'in Shaari, Mohd Rashid Md Idris/ 317
BAB 14
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing untuk Pelajar Diplomat
Kalthum Ibrahim/ 335

저자
저자
Zaharani Ahmad
Payment & Security
Payment methods
Your payment information is processed securely. We do not store credit card details nor have access to your credit card information.
$99 이상 무료 배송
3% 리워드 크레딧 적립
Secure Payment